Dinamik penglibatan wanita daripada Sarawak dalam Politik Penglibatan wanita dalam politik Sarawak

Kefahaman politik wanita daripada kawasan pedalaman

Wanita daripada kawasan pedalaman di Sarawak terutamanya daerah-daerah yang kecil menunjukkan penglibatan politik yang kurang memberangsangkan berbanding wanita daripada kawasan bandar di Sarawak. Hal ini dikatakan demikian kerana, wanita daripada kawasan pedalaman di Sarawak didapati kurang mendapat pendedahan terhadap ilmu politik dan kepentingan menceburinya sebagai salah seorang rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Wanita daripada kawasan pedalaman tidak diberi peluang untuk mendalami ilmu politik kerana stigma terhadap jantina mereka[2]. Stigma yang diletakkan terhadap jantina mereka adalah sebagai wanita mereka seharusnya mempelajari ilmu pengurusan rumah dan keluarga berbanding ilmu politik negara.


Wanita daripada kawasan pedalaman juga kurang atau terdapat segelintir yang langsung tidak mendapat pendidikan formal yang sewajarnya. Jika setiap wanita ini diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan, mereka berkemungkinan besar dapat melawan untuk mendapatkan hak wajib mereka yang sewajarnya seperti hak bersuara, hak memberi pandangan dan hak untuk menceburi serta mengamalkan politik. Selain itu, wanita daripada kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak juga mempunyai pelbagai cadangan penambahbaikan dan idea untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Wanita daripada kawasan pedalaman tidak seharusnya dipandang enteng dan diabaikan daripada proses membuat keputusan dalam isu politik negara. Perkara ini adalah kerana tidak wujudnya demokrasi jika seseorang insan itu terlepas daripada menyuarakan pendapat mereka.


Tambahan pula, kebebasan berpolitik dalam kalangan kumpulan wanita minoriti wanita daripada kalangan kumpulan minoriti di Sarawak terutamanya minoriti berdasarkan kumpulan etnik masing-masing kebiasaannya dihalang daripada menceburi bidang politik[3]. Kepercayaan dan norma sosial sesetengah kumpulan etnik menghindarkan wanita mereka daripada melibatkan diri dalam politik. Hal ini kerana, norma sosial di Sarawak memainkan peranan dan memberi impak kepada masyarakat kerana masyarakat mestilah mematuhi dan patuh terhadap norma ini walaupun ianya tidak dipersetujui oleh orang ramai.